Tarian Joget
Joget merupakan tarian yang paling popular di seluruh tanahair Malaysia. Ia sering dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa zaman perdagangan rempah.
Joget dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali sebagai Chakunchak.
Joget sekarang mengalami unsur-unsur pemodenan. Joget juga dipengaruhi oleh lagu-lagu joget yang bercirikan kontemporari.
Di Sarawak tarian joget ada kategori dan pengelasan sendiri. Terdapat bunga tari joget seperti Joget Serampang Baru, Joget Tanjong Katong dan sebagainya.
Tarian joget yang menggunakan unsur-unsur kelincahan dan ketangkasan amat sesuai untuk menguji stamina penari-penari.
Tarian joget juga boleh disertai dengan jeritan dari penari-penari untuk menggambarkan kemeriahan suasana tari menari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan