Rabu, 24 Februari 2010

Tarian Rampaian Melayu 2 : Inang



Tarian Inang


Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Inang juga membawakan banyak bunga tari dan genre tari yang tersendiri mengikut kesesuaian muzik, tempo dan situasi.

Antara tarian inang yang begitu terkenal ialah Inang Pulau Kampai yang memiliki bunga tari inang yang begitu lembut dan bermakna. Setiap bunga tari menggambarkan perceritaan dalam gerak geri seharian.

Beberapa gerakan dalam lenggok inang yang boleh digunapakai oleh kereografer dalam mengkareografkan satu-satu tarian inang ialah gerakan C, gerakan bulatan, gerakan sisi, gerakan silih tak jadi dan sebagainya.

Tarian Rampaian Melayu 1 : Asli



Tarian Asli




Tarian ini adalah berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan banyak lagi.

Untuk Asli Sarawak kebiasaannya penari-penari menggunakan lagu-lagu karangan dan gubahan Kampung Budaya Sarawak atau KPSU seperti Sayang Sarawak, Puteri Sarawak, Kenangan Abadi dan sebagainya.

Dalam tarian Tepak Sireh contohnya, semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli (bukannya senang tu!).

Tarian ini popular di seluruh Malaysia terutamanya di semenanjung. Tarian ini merangkumi pergerakan yang perlahan, berterusan dan lemah lembut dan menghampiri tarian Asyik tetapi bunga tarinya lebih mudah.

Menari Tarian Asli memerlukan penari mahir dalam mendegar paluan gong dalam muzik yang digunakan kerana kiraan 1 (SATU) adalah selepas paluan gong.

Tarian Asli semakin popular dalam Pertandingan-Pertandingan Tarian sejak akhir2 ni walau ia merupakan satu cabaran kepada kareografer.

Tarian Asli mementingkan lenggok dan postur tubuh yang menarik.

Ahad, 21 Februari 2010

Tarian Etnik 1 : Ngajat Iban





Ngajat Iban

The origin of this indigenous dance is not clearly known but it is believed to have been in existence along with the Iban tribe since the 16th Century. The Ngajat dance is believed to have been performed by warriors on their return from battles. This dance is now performed to celebrate the most important harvest festival called ‘Gawai’, to welcome important guests to the longhouses and so on.
The male dancers wear large feathers as part of their headgear, hold an ornate and long shield in their hand with chains, beads and a loincloth called the ‘cawat’. The female dancers have an elaborate headdress, chains, beads and a ‘dress’ that reaches to below their knees with intricate weaving. Traditionally this dance was only performed by male dancers but not anymore.
The dance is arranged straight lines and in a circle and does involve dramatic leaps and jumps performed by the male dancers.
Gongs and other ethnic percussion instruments such as the ‘enkeromong’, ‘bendai’, ‘canang’ and ‘dumbak or ketebong’ provide the music. The musicians may be either male or female.
How To Learn Ngajat Dance
The two-month ngajat class is organised by the Women’s Wing of Dayak Association Miri (DAM) and is conducted by a ngajat expert, Phyllis Muda, every Tuesday and Wednesday at the 3rd Floor of Rumah Dayak, Jalan Merpati here.
Entry fee is RM30 per person.
There is also a ‘betabuh’ class at the same building every Monday and Thursday.
Participation fee is RM50 per group.
The classes are aimed at enabling the younger generation to further enrich their lives by knowing more about the betabuh and the ngajat for their lifelong skills, and to preserve and value the uniqueness of the Iban cultural dance and music instruments.
Jacqueline hoped Iban children would take the step to master the dance and learn the ‘betabuh’as early as they could so as to keep their unique culture alive.
For enquiries on the classes, call Rumah Dayak at 085-435467, organising chairlady Jacqueline Selaka (085-653670/013-8482446, Caroline Lung (019-3623627/429409), organising Juliana Esah (611785/013-8378485), Betty Pan (012-8719778) and Cherenie Gisang (019-8748126).
Jenis-Jenis Ngajat
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Ngajat Induk
Ngajat Bebunoh
Ngajat Lesong
Ngajat Semain
Ngajat Berayah
Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Video Ngajat Iban (Dari Youtube)

Kembali Ke Sekolah !!!

Hari ini 12 Februari 2010...hari ISNIN..
Hari yang paling TAK DISUKAI oleh semua orang.

Isnin merupakan hari kita mula bekerja dan mula bersekolah...
Muka anak-anak riam...semuanya tidak bersemangat.
Letih lesu dan tidak bermaya....

Apalagi bagi kaum cina yang baru sahaja tamat merayakan perayaan Tahun Baru Cina...
Mood CNY masih lagi di hati dan fikiran pelajar dan guru....

Dalam kelas ada yang tertidur dan ada juga yang happy kerana lama tidak bertemu kawan-kawan lama.

SMK Riam hanya bersekolah hari isnin sahaja kerana esok dan lusa (23-24 Februari 2010) kami akan bersukan di Stadium Miri....

4 buah rumah sukan akan berentap iaitu Syarif Masahor, Rentap, Jugah dan Rosli Dhoby.
Tahun lepas Rosli Dhoby adalah juara keseluruhan....
Mampukah Rosli Dhoby menjadi JUARA sekali lagi pada tahun ini..sama2 kita nantikan.

Geng-geng GKR turut terlibat dalam aktiviti persembahan padang. Tahun ini GKR hanya membawakan Persembahan Senamrobik selama 4 minit sahaja.

Senamrobik

SENAMROBIIKK....

GKR dengan hadiah kemenangan....JOHAN..tu.


GKR dengan bangganya....

GKR telah menyertai Pertandingan Senamrobik 2009 yang telah dianjurkan oleh SM Sains Miri pada bulan Ogos 2009.

8 orang penari telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu :
1. Sapphira Elisha
2. Vincent Paul
3. Chris Elly
4. Alan Ryan
5. Lorentia
6. Salina
7. Ezra
8. Leslie

Guru Pengiring ialah :
1. En Gilbert
2. Cik Vanessa
3. Cik Jossclyn

Penaja Pakaian :
En Hanafi (SMK Dato Permaisuri)

Jurulatih : Adik Vincent Paul

Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :
1. SMK Riam (Johan)
2. SMK Merbau (N. Johan)
3. SMK Baru (Ke-3)
4. SMK Chung Hua
5. SMK Suai
6. SMK Bekenu
7. SM Sains
8. SMK Taman Tunku

Syukur...SMK Riam telah dinobatkan sebagai JOHAn. Tahniah GKR walau berlatih hanya 3 hari sahaja sebab sibuk dengan Persembahan untuk MAPC.

Tahun 2010 SMK Bekenu akan menjadi tuan rumah dan konsep tahun 2010 ialah senamtari Malaysia...hehe..cabaran untuk semua guru-guru.

Tahun 2010

Penari-Penari Lelaki GKR
Penari-Penari Perempuan GKR
Generasi Ke-4 GKR.

Henerasi ke-4 GKR dibawah bimbingan Adik Vincent Paul. Tahun yang amat mencabar buat GKR kerana tahun ini pemilihan penari diutamakan untuk pelajar junior iaitu tingkatan 1-3.

Senarai Penari :
1. Nurul
2. Stephanie
3. Leslie
4. Lorentia
5. Ummi
6. Salina
7. Jimmy
8. Ezra
9. Alan
10. Nurhisyam
11. Darmando
12. Shukri

Semua muka-muka baru. Penari-penari ini telah didedahkan dengan pelabagai kursus dan bengkel untuk memantapkan lagi kebolehan dan kredibiliti mereka.
Antaranya :
1. Bengkel Zapin bersama En Hanafi Khamis
2. Bengkel Asas Tari bersama KPSU
3. Bengkel Tarian Etnik

Kumpulan ini bakal membawa cabaran yang begitu hebat sewaktu Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri di SMK Subis pada 27 Mac 2010 yang akan datang.

Latihan telah dibuat tetapi pihak guru dan jurulatih belum berpuas hati. Banyak yang perlu dibuat kerana rata-ratanya muka baru. (Akan datang)

Pelbagai pengurusan telah dibuat untuk kumpulan ini termasuklah mereka perlu mengorbankan masa cuti mereka dengan latihan dan bengkel. Cuti CNY yang lepas mereka berkampung selama 5 hari di Indoor Stadium Miri.

Aktiviti yang akan datang ialah Bengkel Pemantapan Penari pada cuti Pertengahan Semester 1 bulan Mac yang akan datang di Kampung Sukan Petronas.

Tahun 2009


Generasi Ketiga GKR.

Generasi ketiga ini banyak memaparkan muka-muka baru. Kesemuanya junior-junior belaka. Banyak yang perlu dibuat untuk membentuk posture tubuh dan lenggok menari.

Namun generasi baru ini mampu memberikan saingan yang hebat dalam pertandingan tarian. Walau gagal mendapat apa-apa tempat dalam Pertandingan Tarian 2009 di SMK Subis, namum pihak sekolah amat berbangga dengan kumpulan ini.

Penari baru : Leslie Zamry, Chris, Saphira, Natasha, Salina, Catherina, Christopher, Alan, Darmando, Ruvindo, Vincent (Lama) dan Grover (Lama)

Kumpulan ini banyak mendapat sentuhan dan bimbingan penari-penari lama iaitu Adik Vincent Paul.

Video Tarian SMK Riam

1. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri 2009 di SMK Subis (Tarian Rampaian Melayu - Lentera Timur)




1. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri 2009 di SMK Subis (Tarian Etnik - Melanau)




3. Humanity Dance