Rabu, 24 Februari 2010

Tarian Rampaian Melayu 2 : Inang



Tarian Inang


Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Inang juga membawakan banyak bunga tari dan genre tari yang tersendiri mengikut kesesuaian muzik, tempo dan situasi.

Antara tarian inang yang begitu terkenal ialah Inang Pulau Kampai yang memiliki bunga tari inang yang begitu lembut dan bermakna. Setiap bunga tari menggambarkan perceritaan dalam gerak geri seharian.

Beberapa gerakan dalam lenggok inang yang boleh digunapakai oleh kereografer dalam mengkareografkan satu-satu tarian inang ialah gerakan C, gerakan bulatan, gerakan sisi, gerakan silih tak jadi dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan