Rabu, 24 Februari 2010

Tarian Rampaian Melayu 1 : Asli



Tarian Asli




Tarian ini adalah berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan banyak lagi.

Untuk Asli Sarawak kebiasaannya penari-penari menggunakan lagu-lagu karangan dan gubahan Kampung Budaya Sarawak atau KPSU seperti Sayang Sarawak, Puteri Sarawak, Kenangan Abadi dan sebagainya.

Dalam tarian Tepak Sireh contohnya, semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli (bukannya senang tu!).

Tarian ini popular di seluruh Malaysia terutamanya di semenanjung. Tarian ini merangkumi pergerakan yang perlahan, berterusan dan lemah lembut dan menghampiri tarian Asyik tetapi bunga tarinya lebih mudah.

Menari Tarian Asli memerlukan penari mahir dalam mendegar paluan gong dalam muzik yang digunakan kerana kiraan 1 (SATU) adalah selepas paluan gong.

Tarian Asli semakin popular dalam Pertandingan-Pertandingan Tarian sejak akhir2 ni walau ia merupakan satu cabaran kepada kareografer.

Tarian Asli mementingkan lenggok dan postur tubuh yang menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan