Khamis, 25 Februari 2010

Kisah Aku...




Catatan Hidup Aku

Dah tak ada idea nak ulis so aku berkongsi sedikit sebanyak pengelibatan aku dalam dunia tarian tok. Bila tengok adik2 menari teringat zaman aku menari dolok. Tarian adalah sebahagian dari hidup aku. Aku amat berminat bila ada show tarian, menari (sekarang dah tak leh menari) dan mengkareograf tarian.

Dulu aku mula menari sejak di bangku sekolah rendah gik. Bila tengok2 video2 tarian aku sekolah rendah...nak gelak pun ada. Bila masuk sekolah menengah aktiviti menari kureng sikit coz malu digelar schoolmate .. tarian untuk orang lembut jak.

Bila aku dapat sambung belajar di Matrikulasi UUM, aku mula bergiat semula dalam bidang tarian. Aku joim Grup Budaya Matrikulasi UUM. Kami banyak buat persembahan termasuk pertandingan dan persembahan.Persembahan Tarian Wau Bulan Sempena Kolej Terbuka Kolej MISC UUM
Tarian Istana Kolam (Ras Adiba Radzi)

Kemudian apabila melangkah ke degree, bertambah aktif dalam tarian. Lebih2 lagi bila aku jadi penari universiti. Kumpulan Kesenian Universiti bernaung di bawah Cikgu Fadzil dan Kak Hanim (Kumpulan Kesenian Perlis). Banyak persembahan dan pertandingan yang kami sertai.

Mewakili Malaysia dalam IMT-GT di Prince of Songkhla Universiti, Selatan Thailand. Kumpulan kami mempersembahkan Tarian Joget, Mengilok, Ngajat Iban dan Kreatif.









Mewakili UUM dalam Festival Tari Antara Universiti 1995 di USM, Pulau Pinang. Kategori Tarian Zapin.


Mewakili UUM dalam Festival Tari dan Teater Antara Universiti 1996 di Universiti Malaya. Membawakan Tarian Cinta Sayang, Ayam Didik, Canggung dan Joget.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan