Ahad, 30 Mei 2010

Sesi Make-up


Kami sudah bersedia untuk bertanding.


En Gilbert turut membantu melekatkan bungan dan cucuk sanggul. Hehe...

En Vincent sedang make-up penari-penari GKR.

Persiapan Latihan Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri Tahun 2010


Latihan Postur Badan
Tegak..jangan tak tegak..hehe..

Persiapan sebelum pertandingan
Latihan mengingat step dan fokus
Semua pejam mata...hahaha...

GKR Kembali


Selamat Bercuti...dan Selamat Hari Gawai...

Lama sudah tidak 'update' blog GKR ni. Sekian lama busy dengan Pertandingan Tarian, Pertandingan Drama dan Hari Guru..cuti2 macam ni lah baru ada masa nak update semua.

Minta maaf banyak2 kerana sudah lama tak update. Saya akan tebus semua hutang2 untuk update blog ini.

Khamis, 25 Februari 2010

Kisah Aku...




Catatan Hidup Aku

Dah tak ada idea nak ulis so aku berkongsi sedikit sebanyak pengelibatan aku dalam dunia tarian tok. Bila tengok adik2 menari teringat zaman aku menari dolok. Tarian adalah sebahagian dari hidup aku. Aku amat berminat bila ada show tarian, menari (sekarang dah tak leh menari) dan mengkareograf tarian.

Dulu aku mula menari sejak di bangku sekolah rendah gik. Bila tengok2 video2 tarian aku sekolah rendah...nak gelak pun ada. Bila masuk sekolah menengah aktiviti menari kureng sikit coz malu digelar schoolmate .. tarian untuk orang lembut jak.

Bila aku dapat sambung belajar di Matrikulasi UUM, aku mula bergiat semula dalam bidang tarian. Aku joim Grup Budaya Matrikulasi UUM. Kami banyak buat persembahan termasuk pertandingan dan persembahan.Persembahan Tarian Wau Bulan Sempena Kolej Terbuka Kolej MISC UUM
Tarian Istana Kolam (Ras Adiba Radzi)

Kemudian apabila melangkah ke degree, bertambah aktif dalam tarian. Lebih2 lagi bila aku jadi penari universiti. Kumpulan Kesenian Universiti bernaung di bawah Cikgu Fadzil dan Kak Hanim (Kumpulan Kesenian Perlis). Banyak persembahan dan pertandingan yang kami sertai.

Mewakili Malaysia dalam IMT-GT di Prince of Songkhla Universiti, Selatan Thailand. Kumpulan kami mempersembahkan Tarian Joget, Mengilok, Ngajat Iban dan Kreatif.









Mewakili UUM dalam Festival Tari Antara Universiti 1995 di USM, Pulau Pinang. Kategori Tarian Zapin.


Mewakili UUM dalam Festival Tari dan Teater Antara Universiti 1996 di Universiti Malaya. Membawakan Tarian Cinta Sayang, Ayam Didik, Canggung dan Joget.

Rabu, 24 Februari 2010

Tarian-Tarian Rakyat


MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu


KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung



TARIAN LILIN

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan




TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu




TARIAN CIK SITI WAU BULAN

Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.


TARIAN ASYIK

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.



TARIAN AYAM DIDIK

Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.



TARIAN CERACAP INAI

Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.
Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.



TARIAN SARAH

Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja). Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.


TARIAN ULIK MAYANG

Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.

Tarian Rampaian Melayu 4 : Zapin



Tarian Zapin




Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Satu-satu kareografi Zapin Johor mempunyai plot seperti di bawah :
1. Taksim
2. Kopak
3. Wainab

Sarawak juga mempunyai tarian zapin sendiri seperti Zapin Sindang, Zapin Sebat, Zapin Sri Aman dan sebagainya. Beza zapin Johor dan Zapin Sarawak ialah Zapin Sarawak tidak ada Kopak dan Wainab.

Tarian Rampaian Melayu 3 :Joget



Tarian Joget


Joget merupakan tarian yang paling popular di seluruh tanahair Malaysia. Ia sering dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Tarian joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka semasa zaman perdagangan rempah.

Joget dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali sebagai Chakunchak.
Joget sekarang mengalami unsur-unsur pemodenan. Joget juga dipengaruhi oleh lagu-lagu joget yang bercirikan kontemporari.
Di Sarawak tarian joget ada kategori dan pengelasan sendiri. Terdapat bunga tari joget seperti Joget Serampang Baru, Joget Tanjong Katong dan sebagainya.
Tarian joget yang menggunakan unsur-unsur kelincahan dan ketangkasan amat sesuai untuk menguji stamina penari-penari.
Tarian joget juga boleh disertai dengan jeritan dari penari-penari untuk menggambarkan kemeriahan suasana tari menari.

Tarian Rampaian Melayu 2 : Inang



Tarian Inang


Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Inang juga membawakan banyak bunga tari dan genre tari yang tersendiri mengikut kesesuaian muzik, tempo dan situasi.

Antara tarian inang yang begitu terkenal ialah Inang Pulau Kampai yang memiliki bunga tari inang yang begitu lembut dan bermakna. Setiap bunga tari menggambarkan perceritaan dalam gerak geri seharian.

Beberapa gerakan dalam lenggok inang yang boleh digunapakai oleh kereografer dalam mengkareografkan satu-satu tarian inang ialah gerakan C, gerakan bulatan, gerakan sisi, gerakan silih tak jadi dan sebagainya.

Tarian Rampaian Melayu 1 : Asli



Tarian Asli




Tarian ini adalah berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan banyak lagi.

Untuk Asli Sarawak kebiasaannya penari-penari menggunakan lagu-lagu karangan dan gubahan Kampung Budaya Sarawak atau KPSU seperti Sayang Sarawak, Puteri Sarawak, Kenangan Abadi dan sebagainya.

Dalam tarian Tepak Sireh contohnya, semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli (bukannya senang tu!).

Tarian ini popular di seluruh Malaysia terutamanya di semenanjung. Tarian ini merangkumi pergerakan yang perlahan, berterusan dan lemah lembut dan menghampiri tarian Asyik tetapi bunga tarinya lebih mudah.

Menari Tarian Asli memerlukan penari mahir dalam mendegar paluan gong dalam muzik yang digunakan kerana kiraan 1 (SATU) adalah selepas paluan gong.

Tarian Asli semakin popular dalam Pertandingan-Pertandingan Tarian sejak akhir2 ni walau ia merupakan satu cabaran kepada kareografer.

Tarian Asli mementingkan lenggok dan postur tubuh yang menarik.

Ahad, 21 Februari 2010

Tarian Etnik 1 : Ngajat Iban





Ngajat Iban

The origin of this indigenous dance is not clearly known but it is believed to have been in existence along with the Iban tribe since the 16th Century. The Ngajat dance is believed to have been performed by warriors on their return from battles. This dance is now performed to celebrate the most important harvest festival called ‘Gawai’, to welcome important guests to the longhouses and so on.
The male dancers wear large feathers as part of their headgear, hold an ornate and long shield in their hand with chains, beads and a loincloth called the ‘cawat’. The female dancers have an elaborate headdress, chains, beads and a ‘dress’ that reaches to below their knees with intricate weaving. Traditionally this dance was only performed by male dancers but not anymore.
The dance is arranged straight lines and in a circle and does involve dramatic leaps and jumps performed by the male dancers.
Gongs and other ethnic percussion instruments such as the ‘enkeromong’, ‘bendai’, ‘canang’ and ‘dumbak or ketebong’ provide the music. The musicians may be either male or female.
How To Learn Ngajat Dance
The two-month ngajat class is organised by the Women’s Wing of Dayak Association Miri (DAM) and is conducted by a ngajat expert, Phyllis Muda, every Tuesday and Wednesday at the 3rd Floor of Rumah Dayak, Jalan Merpati here.
Entry fee is RM30 per person.
There is also a ‘betabuh’ class at the same building every Monday and Thursday.
Participation fee is RM50 per group.
The classes are aimed at enabling the younger generation to further enrich their lives by knowing more about the betabuh and the ngajat for their lifelong skills, and to preserve and value the uniqueness of the Iban cultural dance and music instruments.
Jacqueline hoped Iban children would take the step to master the dance and learn the ‘betabuh’as early as they could so as to keep their unique culture alive.
For enquiries on the classes, call Rumah Dayak at 085-435467, organising chairlady Jacqueline Selaka (085-653670/013-8482446, Caroline Lung (019-3623627/429409), organising Juliana Esah (611785/013-8378485), Betty Pan (012-8719778) and Cherenie Gisang (019-8748126).
Jenis-Jenis Ngajat
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Ngajat Induk
Ngajat Bebunoh
Ngajat Lesong
Ngajat Semain
Ngajat Berayah
Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Video Ngajat Iban (Dari Youtube)

Kembali Ke Sekolah !!!

Hari ini 12 Februari 2010...hari ISNIN..
Hari yang paling TAK DISUKAI oleh semua orang.

Isnin merupakan hari kita mula bekerja dan mula bersekolah...
Muka anak-anak riam...semuanya tidak bersemangat.
Letih lesu dan tidak bermaya....

Apalagi bagi kaum cina yang baru sahaja tamat merayakan perayaan Tahun Baru Cina...
Mood CNY masih lagi di hati dan fikiran pelajar dan guru....

Dalam kelas ada yang tertidur dan ada juga yang happy kerana lama tidak bertemu kawan-kawan lama.

SMK Riam hanya bersekolah hari isnin sahaja kerana esok dan lusa (23-24 Februari 2010) kami akan bersukan di Stadium Miri....

4 buah rumah sukan akan berentap iaitu Syarif Masahor, Rentap, Jugah dan Rosli Dhoby.
Tahun lepas Rosli Dhoby adalah juara keseluruhan....
Mampukah Rosli Dhoby menjadi JUARA sekali lagi pada tahun ini..sama2 kita nantikan.

Geng-geng GKR turut terlibat dalam aktiviti persembahan padang. Tahun ini GKR hanya membawakan Persembahan Senamrobik selama 4 minit sahaja.

Senamrobik

SENAMROBIIKK....

GKR dengan hadiah kemenangan....JOHAN..tu.


GKR dengan bangganya....

GKR telah menyertai Pertandingan Senamrobik 2009 yang telah dianjurkan oleh SM Sains Miri pada bulan Ogos 2009.

8 orang penari telah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu :
1. Sapphira Elisha
2. Vincent Paul
3. Chris Elly
4. Alan Ryan
5. Lorentia
6. Salina
7. Ezra
8. Leslie

Guru Pengiring ialah :
1. En Gilbert
2. Cik Vanessa
3. Cik Jossclyn

Penaja Pakaian :
En Hanafi (SMK Dato Permaisuri)

Jurulatih : Adik Vincent Paul

Antara sekolah-sekolah yang bertanding ialah :
1. SMK Riam (Johan)
2. SMK Merbau (N. Johan)
3. SMK Baru (Ke-3)
4. SMK Chung Hua
5. SMK Suai
6. SMK Bekenu
7. SM Sains
8. SMK Taman Tunku

Syukur...SMK Riam telah dinobatkan sebagai JOHAn. Tahniah GKR walau berlatih hanya 3 hari sahaja sebab sibuk dengan Persembahan untuk MAPC.

Tahun 2010 SMK Bekenu akan menjadi tuan rumah dan konsep tahun 2010 ialah senamtari Malaysia...hehe..cabaran untuk semua guru-guru.

Tahun 2010

Penari-Penari Lelaki GKR
Penari-Penari Perempuan GKR
Generasi Ke-4 GKR.

Henerasi ke-4 GKR dibawah bimbingan Adik Vincent Paul. Tahun yang amat mencabar buat GKR kerana tahun ini pemilihan penari diutamakan untuk pelajar junior iaitu tingkatan 1-3.

Senarai Penari :
1. Nurul
2. Stephanie
3. Leslie
4. Lorentia
5. Ummi
6. Salina
7. Jimmy
8. Ezra
9. Alan
10. Nurhisyam
11. Darmando
12. Shukri

Semua muka-muka baru. Penari-penari ini telah didedahkan dengan pelabagai kursus dan bengkel untuk memantapkan lagi kebolehan dan kredibiliti mereka.
Antaranya :
1. Bengkel Zapin bersama En Hanafi Khamis
2. Bengkel Asas Tari bersama KPSU
3. Bengkel Tarian Etnik

Kumpulan ini bakal membawa cabaran yang begitu hebat sewaktu Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri di SMK Subis pada 27 Mac 2010 yang akan datang.

Latihan telah dibuat tetapi pihak guru dan jurulatih belum berpuas hati. Banyak yang perlu dibuat kerana rata-ratanya muka baru. (Akan datang)

Pelbagai pengurusan telah dibuat untuk kumpulan ini termasuklah mereka perlu mengorbankan masa cuti mereka dengan latihan dan bengkel. Cuti CNY yang lepas mereka berkampung selama 5 hari di Indoor Stadium Miri.

Aktiviti yang akan datang ialah Bengkel Pemantapan Penari pada cuti Pertengahan Semester 1 bulan Mac yang akan datang di Kampung Sukan Petronas.

Tahun 2009


Generasi Ketiga GKR.

Generasi ketiga ini banyak memaparkan muka-muka baru. Kesemuanya junior-junior belaka. Banyak yang perlu dibuat untuk membentuk posture tubuh dan lenggok menari.

Namun generasi baru ini mampu memberikan saingan yang hebat dalam pertandingan tarian. Walau gagal mendapat apa-apa tempat dalam Pertandingan Tarian 2009 di SMK Subis, namum pihak sekolah amat berbangga dengan kumpulan ini.

Penari baru : Leslie Zamry, Chris, Saphira, Natasha, Salina, Catherina, Christopher, Alan, Darmando, Ruvindo, Vincent (Lama) dan Grover (Lama)

Kumpulan ini banyak mendapat sentuhan dan bimbingan penari-penari lama iaitu Adik Vincent Paul.

Video Tarian SMK Riam

1. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri 2009 di SMK Subis (Tarian Rampaian Melayu - Lentera Timur)




1. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri 2009 di SMK Subis (Tarian Etnik - Melanau)




3. Humanity Dance

Tahun 2008

Generasi Kedua GKR.

Senarai Penari (dari kiri ke kanan) :
Berdiri : Nicholas, Stephanie, Mandy, Shusan, Grover
Duduk : Vincent, Flora, Stephanie, Grace, Heritos

Kumpulan kedua ini menyambung inspirasi dan kekuatan penari generasi pertama. Bernaung di bawah jurulatih baru Adik Heritos Muling, kumpulan ini maju setapak.

Tahun 2008 membawa cabaran yang amat besar untuk GKR apabila terpilih sebagai tuan rumah Pertandingan Tarian ANtara Sekolah-Sekolah Peringkat Bahagian Miri.

Walau hanya mendapat tempat ke-4, GKR amat berpuas hati kerana tahun itu GKR sudah mengalami sedikit peningkatan dalah kareografi tari dan genre tarian.

Kejayaan GKR apabila mampu mempersembahankan 5 tarian semasa Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri.

Aktiviti :

1. Persembahan sukan sekolah
2. Persembahan MAPC
3. Persembahan Hari Guru
4. Persembahan Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri
5. Pertandingan Poco-Poco (Johan)
6. Pertandingan Tarian Antara Sekolah2 Menengah 2008 (Ke-4)
7. Pertandingan Tarian anjuran ILP (Ke-3)
8. Bengkel Asas Tari anjuran KPSU Miri

Video-Video Tarian GKR

1. Persembahan Tarian Kreatif Borneo Sempena Jamuan Makan Malam Pegawai Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Bahagian Miri



2. Persembahan Tarian MAPC (Maaf Video Tidak Jelas)





Tahun 2007


Kumpulan Pertama Gemala Kencana Riam (GKR).

Senarai Penari Lelaki (dari kiri ke kanan):
1. Muhd Saalihin Saad (Biotech UNIMAS)
2. Vincent Paul (Penari Sanggar Budaya)
3. Abd Halim Hassan
4. Heritos Muling (Guru Pelatih MPBL)
5. Wedness (Electrical Student Singapore)
6. Andrian (Inspektor Kesihatan)

Senarai Penari Perempuan (dari kiri ke kanan):
1. Mandy Anjan (Salon)
2. Stephanie (UITM)
3. Sabariah (unknown)
4. Gloria (Jururawat)
5. Shusan (unknown)
6. Grace (Jururawat)

Guru Pengiring
1. En Gilbert Lowrence
2. Pn Norsina Mesnawati Bt Mohd Sapian (SMK St Anthony)

Jurulatih
1. Sebastian Juk (Bekas Penari Sanggar Budaya / Shah Alam)

Kumpulan pertama yang mempelopori kumpulan GKR. Suatu kenangan abadi yang tak mungkin dilupakan. Kumpulan yang begitu komited dan bersemangat setiap kali ada persembahan. Tidak mengenal penat lelah, letih dan jemu, kumpulan ini tetap bersemangat dan bersedia untuk memberikan yang terbaik.

Aktiviti :
1. Persembahan hari sukan sekolah
2. Persembahan padang sukan MSSG Miri 2007
3. Persembahan MAPC 2007
4. Jemputan Makan Malam AJK Pengelola Sukan 2007
5. Jemputan Makan Malam Unit Peperiksaan bersama Datu' Adi Badiozaman Tuah
6. Jemputan Persembahan Petronas
7. Jemputan Persembahan Malam Persatuan Orang Ulu (OUNA)
8. Jemputan Persembahan Rukun Tetangga Taman Tunku
9. Jemputan Persembahan Sukan Komuniti Lambir
10. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri di SMK Suai
11. Festival Tari 2007 Bahagian Miri anjuran KPSU (Tempat ke-3)

Video Pertandingan Tarian GKR 2006 - 2007

1. Pertandingan Tarian Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Miri 2007 di SMK Suai. (Maaf video tidak jelas)



2. Festival Tari KPSU 2006 (Tempat Ke-3)

Lahirnya Sebuah Catatan Blog


Tahun 2010 genaplah usia 5 tahun kumpulan kebudayaan sekolah GEMALA KENCANA RIAM bertapak di SMK Riam. Selama 5 generasi penari dan guru telah menerajui kumpulan kebudayaan ini.

Pelbagai aktiviti dan program telah disertai bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan kumpulan ini untuk beraksi di pentas 'tandak'.

Kumpulan yang memiliki sifat kental dan keyakinan dan jitu ini merupakan kesimanbungan dari kumpulan yang lalu.

Kumpulan yang tidak mengenal penat lelah, kalah menang dan jerih perih ini adalah penyambung warisan kebudayaan bangsa.